Sunday, 26 April 2015

Jauhi Perasaan Yang Negatif dan Hasad Dengki


Bukan senang untuk mengatasi semua perasaan yang tidak baik dan negatif dalam setiap kehidupan seseorang manusia. Walaupun anda seorang dewasa kerana orang dewasa hanyalah " budak yang telah dewasa " juga mempunyai satu perasaan yang biasa seperti kanak-kanak yang kecil. Marah, dengki, cemburu, benci dan sebagainya tetap wujud dalam jiwa dan pemikiran seseorang. Perasaan ini bukan senang untuk diatasi dan bukan juga mustahil untuk diatasi.

Pernahkah kita nampak orang yang sangat positif ?. Sentiasa senyum apabila dimarahi, sentiasa gembira walaupun apa jua yang berlaku di hadapannya. Ramai orang mahukan kegembiraan dalam kehidupannya tetapi sedikit saja yang merasai kegembiraan dan mencapai tahap gembira dalam hidup. Anda boleh gembira dan bersikap positif, Itu adalah pilihan kita masing-masing tetapi bagaimana cara persekitaran kita? Sedang kita nak bersikap positif tetapi terdapat orang atau cara persekitaran kita amat menyukarkan untuk kita berfikir secara positif. Dalam hidup ini bukan drama dalam televisyen yang selalunya mempunyai penamat yang gembira. Hanya andalah yang membentukkan hidup anda dan jangan bagi orang lain membentuk hidup anda ke arah yang tidak baik. Dalam pembikinan drama memerlukan satu pengarah untuk menjalankan semua dramanya dan pelakon-pelakon. Tentu saja mempunyai banyak cabaran yang dipikul oleh pengarah itu. Cara mengurus pelakon, tempat, masa dan sebagainya. Tetapi fokus utama pengarah adalah melawan semua rintangan yang ada untuk menjadikan drama atau wayang itu mendapat ( box office ). Kita perlu lawan apa yang negatif untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini.

Cara untuk mengenalpasti kelemahan dan perasaan negatif adalh menyenaraikan semuanya di dalam kertas. Anda akan terperanjat bagaimana terlalu banyaknya sikap negatif dan kelemahan dalam diri. Sudah tentu kita amat malu semua yang tertulis. ( Tiada manusia yang sempurna ). Kita kena teirma apa yang ada dan memperbaikinya tiap masa. Bukan senang utnuk mengubah diri kita yang tidak baik ini dalam sekelip mata kerana kebanyakan kita telah " melekat " dengan sikap dan perasaan ini sejak kecil lagi. 

Dalam membincangkan perasaan hasad dengki ini. Perasaan ini adalah yang bahaya kepada manusia kerana ianya sebagai satu racun kepada jiwa dan pemikiran. Perasaan ini akan merosakakn jati diri kita daripada menjadikan orang yang baik. Kita akan dikaburi oleh satu perasaan yang membenci dan rancangan-rancangan untuk menjatuhkan orang yang didengki itu, Perasaan ini terdapat di dalam diri manusia, Cemburu dan Dengki adalah lain. Bagi saya Cemburu adalah adik kepada Dengki. Jika cemburu pada tahap yang melampau maka terciptanya dengki, Dengki adalah lebih merbahaya dan lebih kuat kerana disitu bukanlah anda yang dapat mengawalnya. Jika seseorang itu berasa dengki ianya akan berasa tidak senang hati, tidak puas hati, marah, benci, pemikiran yang tidak jelas, memikirkan hanya untuk menjatuhkan musuh ( kawan baik sendiri difikir musuh ) dan semua perasaan yang tidak baik akan muncul.

Bagaimana untuk jauhi semua ini ? Bukan senang dan bukan mustahil juga untuk mengatasinya. Saya akan senaraikan semua cara-cara yang mungkin berguna kepada anda untuk mengatasi semua cara pemikiran negatif kepada cara pemikiran yang lebih positif. 

Pertama
1. Kerap berdoa kepada Tuhan
( Kerap berdoa dan berdoa dan percaya kepada Tuhan bahawa masalah anda akan hilang. Semua yang berlaku dalam dunia tidak kekal begitu juga dengan sikap dan masalah anda. )

2. Selalu tenangkan fikiran
( Cari tempat yang diam dan menenangkan fikiran seperti taman, pantai, tempat penginapan dan lokasi yang membolehkan anda untuk berfikir secara diam dan tenang. )

3. Luahkan perasaan yang tidak senang kepada rakan
( Pilih rakan yang anda kenal sikapnya dan tidak membocorkan segala rahsia  Kebanyakan orang lebih suka meluahkan perasaan terhadp rakan yang baik dari ibubapanya kerana takut akan kemarahan ibubpa kerana menyangka ibubapa susah untuk didekati apatah lagi ibubapa yang kurang berkomunikasi kepada anaknya dan menyebabkan anak tidak biasa dan kekok. )

4. Baca buku " Self Enrichment "
( Pilih buku yang mengajar manusia berfikir secara luas dan positif kerana apabila kita dalam pemikiran negatif kita tinggal dalam dunia yang kecil. Anda mudah putus asa dan tidak mempunyai sebarang " hati " untuk maju ke depan. Apa yang difikirkan dan dilihat semua yang dalam linkungan yang kecil dan sempit. Terdapat banyak buku yang menolong diri dengan lebih positif di kedai buku, Hanya pergi ke ruangan buku motivasi dan beli buku tentang membangunkan diri anda. )

5. Dengar muzik dan nyanyi
( Semenangnya cara ini ramai yang menggunakannya. Setiap melodi dan bunyi dapat menenangkan jiwa anda. Jangan mainkan lagu yang sedih apbila dalam keadaan sedih nanti makin parah pula. )

Setakat ini saja coretan saya mengenai sikap Hasad Dengki dan perasaan yang tidak baik, Kesimpulannya, pandang dunia ini satu kehidupan yang indah dan ingatlah walaupun anda dalam keadaan yang tidak baik bahawa ini semua tidak akan berkekalan. Ciptalah kehidupan anda sendiri yang lebih baik dari kelmarin. Mulakan dari sekarang. 



No comments:

Post a Comment