Puisi Rama-rama

Setiap karya adalah hakcipta dari panglimaborneo. Tidak ditiru oleh mana-mana sumber.

Ingatan Cinta

Cinta tak selalu indah
Aku sering sedih mengenainya
Aku telah curah segalanya pada mu
Isi hatiku telah pudar mengenai cinta

Jika aku tahu semua ini pada waktu dulu
Aku akan tetap dengan pendirian
Sayang akan mu
Walaupun apa yng terjadi

Dirimu yang indah dan cantik
Terkenang ku sejak hari-hari ini
Membuat diri ku tertanya

Adakah ku masih mencintai mu?


 20
                                    
Genap umur 20 aku telah bertemu pada mu
Mata ku pertama kali menatap wajah mu
Hati ku berdebar-debar
Badan ku sangat dingin
Sifat ku tetiba menjadi malu
Renungan yang layu mu
Suara ku tak terkata

Engkaulah
Wanita yang ingin ku peristerikan
Dijaga dan dibelai
Disayangi dan menyayangi
Melihat dunia luar bersama-sama
Ikatan tangan setiap hari

Hatiku
Sangat takut kehilangan akan mu


Jadikan Aku Hanya Milik Mu

Ramai yang merisik hati mu selama ini
Tapi tiada yang dapat meminang hati mu
Ku tahu engkau pernah disakiti
Tapi percayalah semua itu akan berakhir jua
Masa mengubati segala luka

Ku tahu mu was-was dengan Ku
Tapi Ku akan buktikan mu dengan kuasa cinta ku
Aku tidak pinta apa apa
Aku hanya minta izinkan berikan peluang untuk ku buktikan
Aku hanya milikmu


Kesilapan

Wajahmu
Senyuman mu
Tangisan mu
Suara Mu
Semua ini memuat ku rasa bahagia

Aku telah berbuat silap
Kesilapan yang berat
Kesilapan telah menjadi sejarah
Kuharap pada masa depan
Kau akan jumpa sang perwira
Yang baik dari ku



Curi Hati

Malam yang sepi dan indah
Bulan yang terang dan menyinari daratan dan lautan
Turut menyinar hati dan mata ku 

Ketika malam itu
Saat itu hati ku dicuri pada mu
Hati ku tidak lagi seperti dahulu
Sedih dan muram
Kini semua nya sangat indah dan terang

Tolonglah
Jaga hati ku baik-baik
Kerana aku 
Jatuh cinta pada mu


Aku Nanti Kan Mu

Dimana jua Mu
Aku tidak tahu berapa lama aku harus nantikan
Tetapi aku sentiasa berharap pada Mu
Ku harapkan engkaulah cinta sejati ku
Satu hari nanti

Siapa mu
Aku tak kisah
Aku hanya pinta cinta kasih mu yang dalam
Sayang nya aku masih belum ketemu dengan mu lagi
Kuharap dan pinta
Engkaulah orang nya yang ku nantikan
Selama ini



Muda Untuk Mengenal Cinta

Cinta yang datang, cinta yang pergi
Cinta yang manis, cinta yang pahit
Waktu muda cinta adalah dianggap hingga penhujung
Apabila ditinggalkan oleh engkau 
Hati ini berkecai

Sering kali ku fikir adakah ini kesilapan aku
Manakah kekurangannnya aku terhadap mu
Aku sangat sedih atas cinta ini
Adakah aku masih muda untuk mengenal apa itu cinta
Beritahulah aku apa itu cinta

Adakah cinta perlu disayangi atau disakiti
Adakah cinta perlu jujur atau dibohongi
Apakah semua Cinta yang indah dan sempurna yang ku impikan
Hanya jadi mimpi

Apakah aku perlu mendalami lagi mengenai cinta
Wahai cinta
Beritahulah apa yang patut aku lakukan



Seperti Yang Ku Katakan

Oh
Ungkapan cinta adalah paling indah bagi semua
Cinta yang berkekalan adalah cinta sejati
Ku dengan Mu
Sudah lama berjuang dalam cinta ini

Oh
Tidak ku penat dengan karenah mu
Tidak ku marah dengan sikap buruk mu
Tidak ku sesekali mencurangi cinta kita

Oh
Guruan senda antara kita tidak mudah dilupa
Ungkapan “ Aku Cinta Padamu ” terpahat dalam hati
Belaian manjamu membuat ku sangat bahagia
Suaramu yang merdu

Oh
Seperti yang ku katakana
Aku amat mencintai mu


Tabah

Wahai wanita
Engkau bukan lemah
Engkau bukan malu
Engkau bukan takut
Engkau Wanita yang insan bernilai mahal dari emas

Wahai wanita
Jangan tertunduk dengan kesombongan
Jangan tertunduk dengan kezaliman
Jangan tertunduk dengan kejahilan
Engkau wanita yang harus bangkit dari kekecewaan

Wahai wanita
Engkau seorang yang kuat
Engkau seorang yang berani
Engkau seorang yang bijak
Engkau wanita yang sangat penting 

Wahai wanita
Lihatlah kejayaan wanita masa kini
Lihatlah kegemilangan wanita dari dulu
Lihatlah azam dan impian wanita yang terukir
Engkau wanita yang tabah


Salji

Sedih menyingkap semua badan ku
Tiada yang enak dalam jiwa ku
Semuanya kekacauan sahaja yang dirasai
Hati ku tidak tenteram untuk mengenangkannya

Baru ku tahu ertinya sebenar hati dilukakan
Terasa sakit yang teramat
Terkenang yang buruk waktu tidur
Bilakah semua ini akan hilang dari aku?

Haruskah aku lari dari semua ini
Haruskah aku menyembunyi diri
Aku rasa seperti orang bodoh gila
Aku hilang hala tuju

Jiwa ku yang panas
Alangkah baik salji turun
Membasahi semua hati ku ini
Agar aku mampu bangkit semula



Janji

Ku nanti janji manismu
Kini semuanya telah pahit
Kerana perjanjian yang dibuat antara kita
Belum ditunai

Engkau janji
Engkau akan bawa ku ke tempat yang jauh
Membawa ku bersama mu hingga akhir
Akan lebh menyayangi ku dari sebelum ini
Tidak akan meninggalkan aku 

Tapi
Semuanya hanya tinggal kata janji
Kata janji yang belum dikotakan

Semua ini
Membuat ku tertanya-tanya
Apakah aku harus mempercayai kata-kata janji pada hari akan datang



Sesuatu Yang Sembunyi

Banyak benda yang terjadi dalam hidup ku
Banyak kenangan yang boleh di ingat
Sejarah hidup membuatku matang demi hari

Gambar dia 
Kenangan dia
Sejarah kita
Disembunyikan di satu tempat


Sakit yang manis

Telah ku lepaskan segala yang dulu
Kini semuanya telah bermula yang baru
Ku ingin membuka buku baru

Buku yang tertulis semua kisah yang bahagia
Ku akan tulis buku ini dengan jujur
Buku ini akan ku letak tempat yang selamat
Di mana tiada orang yang mengetahuinya

Yang dulu mengajarku menjadi tabah
Terima kasih awak



Hari bahagia

Pagi yang gelap dan sejuk
Hati ku berasa sangat aman
Ku melihat ke tingkap
Burung berkicauan dan daun berjatuhan

Semua jadi begitu bahagia bagiku
Ini yang ku impi dan ini ku dapat
Ku bersyukur atas semua ini
Berharap semua ini dapat dikekal hingga ke jannah

Raja sehari dan ratu sehari
Ini masanya bagi hidupku menamatkan perjalanan bersendirian
Kini akan bersama orang yang tercinta buat selama-lama



Cinta Tak Diberkati

Suasana sayu di petang hari
Hati ku berat seperti besi
Tak ku lupa kejadian
Ku menanti cinta ku kembali

Engkau memaksa cinta
Cinta tak diberi
Engkau hanya dapat orang
Bukan hati

Lain yang dikasihi
Lain yang dijodohi
Ku sangat pasrah apa yang terjadi

Hati ku sangat derita



Fahami Aku

Jawapan yang dipohon
Telah kuberikan
Mengapakah engkau masih tidak memahami 
Segala luahan isi hati telah ku berikan
Sehingga sesak hati dan fikiranku

Apa yang kumahu dari mu
Hanya perhatian kepada ku
Bukan hadiah yang memuaskan hati
Tetapi kasih sayang dari hati



Aku Cuba Memahami

aku tahu kamu merana di sana
aku tahu apa yang engkau mahu
tetapi adakah kamu dapat memahami apa aku mahu?

Sekian lama kami bersama hanya angka tahun
Tetapi dalam hubungan ini
Kudapati semuanya telah berubah sesaat

Telah lama cinta ini dijalin
Juga terlalu lama sengsara yang dihadapi
Semua telah ditempuhi

Berbalik kepada zaman itu
Harmoni dan tenang
Sudah hilang dalam sanubari

Aku hairan dengan semua ini
Dari mana titik kesilapan bermula

Adakah ianya masih boleh dibetulkan?

No comments:

Post a Comment