Tujuan blog ini adalah tentang kehidupan manusia dalam peredaran dunia ini. Pelbagai motivasi dari penulis sendiri dalm semua aspek. Jiwa negatif akan sentiasa terlekat setiap orang dan untuk melawan setiap kuasa negatif kuasa positif memang diperlukan.
Sunday, 26 April 2015
Pengenalan
Blog Diari Borneo ini adalah bertujuan untuk menyihatkan minda dan spritual seseorang. Dalam arus permodenan ini pelbagai " penyakit " ganjil berlaku dalam masyarakat kita. Dalam akhbar dada terdapat ramai yang mempunyai masalah-masalah serius dan sukar untuk dibelanggu sebenarnya. Jika tidak mempunyai komitmen terdapat diri sendiri maka masalah akan terus membesar dan menguasai diri seseorang itu.
Pemikiran seseorang boleh mengubah dunia dari kecil hingga besar, Ianya sangat unik apabila difikirkan semula dengan hanya cara berfikir manusia juga dapat mencipta satu fenomena yang baru. Teknologi berkembang pesat dan maju seterusnya mengubah kehidupan manusia secara tidak langsung. Tetapi pemikiran yang tidak sihat juga dapat merosakkan aura-aura yang baik disekeliling. " membunuh " orang sekeliling dengan pemikiran yang tidak baik dan seterusnya mewujudkan perasaan yang sangat jahat dan sukar untuk dibuang.
Pepatah mengatakan " cara kita berfikir menentukan siapa kita pada masa depan ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment