Sikap Tamak
Tamak adalah satu sifat yang sangat tidak baik. Tamak boleh
menyebabkan orang itu jatuh dan dikaburi oleh tamak itu sendiri sehingga lupa
akan akibat dan tidak memikir panjang tentang apa yang dilakukan. Seseorang itu
tidak akan menonjolkan ketamakannya sehingga dia mempunyai satu keinginan yang
lebih besar dan mahu satu benda itu lebih dari apa yang telh dikecapinya. Tamak
akan harta, makanan, wang dan sebagainya semuanya akan membawa kepada sikap
yang buruk dan sukar dipadam. Orang yang selalu tamak jika tidak “ dirawat “
akan menjadi satu kebiasaan sehingga tua. Orang yang tamak selalunya tidak
mudah bersyukur dan semua apa yang dimilki dirasa tidak mencukupi baginya.
Contoh situasi pengalaman dari seorang rakan sendiri, rakan
ini agak sederhana hidupnya dan tidak mempunyai apa-apa harta mewah dan tidak
terfikir pun untuk membuka satu perniagaan untuk menyara hidup tetapi apabila
seorang rakan menawarkan satu pakej perniagaan yang dapat menjanjikan pulangan
yang lumayan dalam tempoh yang terdekat dan dapat menjadi jutawan dalam masa
terdekat dengan syarat dengan menyertai perniagaan ini dengan jumlah 2 ribu
ringgit sahaja. Pada masa itu si rakan ini tidak tahu bahawa ianya satu skim
cepat kaya. Dalam perniagaan yang diterangkan oleh rakannya itu bahawa
perniagaan ini amat mudah kerana tidak perlu menjual satu produk pun, tidak
perlu membuka mulut ( presentation ) untuk menjual barang-barangan, tidak perlu
berjumpa dengan prospek dan hanya perlu mengikuti sistem sahaja iaitu membawa
masuk 5 rakan lain untuk menyertai pelan perniagaan ini. Ketamakan dicetus
dengan keinginan yang melampau dan ketamakan juga boleh dicetus dengan “ janji
bintang dan langit “ yang dapat membangkitkan sikap tamak itu seterusnya
menjejaskan jati diri sendiri. Perniagaan adalah dijalankan oleh manusia. Tanpa
manusia dalm perniagaan bukanlah perniagaan. Kita harus menangkap setiap apa
yang dikatakan oleh rakannya itu. Tidak payah berjumpa dengan orang untuk
menyertai perniagaan? Jadi kenapa harus membawa 5 rakan lain untuk menyertai?
Tidak payah menjual produk? Jadi kenapa dalam pejabat semasa orientasi harus
menjual produk?.
Semua ini menimbulkan satu pertanyaan yang tidak habis
dijawab. Budaya skim ini akan melahirkan satu budaya ketamakan dikalangan
masyarakat. Janji hanya tinggal janji jika belum ditunai. Seperti seorang
penjual barang. Dia dapat ramai prospek mencuba produknya tetapi itu belum lagi
menjadi pembelinya sebab mereka belum membayar sesen pun. Bukan semua orang
dilahirkan sebagai seorang jutawan kerana ingin menjadi jutawan perlu “ passion
“ terhadap apa yang dibuat dan bukannya hanya duduk diam dan tunggu duit masuk
dalam akaun tanpa berbuat apa-apa. Modus operandi ini biasanya mencari
remaja-remaja yang lepasan SPM atau pelajar kolej untuk menyertainya. Bukan
salah untuk buat pendapatan sampingan tetapi harus diingat anda mempunyai hak
untuk menerima dan juga menolak setiap apa yang datang. Dalam dunia perniagaan
penolakan dari pelangaan adalah biasa biarpun dari rakan yang rapat yang
memperkenalkan perniagaan itu. Siasat dengan sebaiknya latar belakang syarikat
itu dan pelan itu ada bercanggah dengan undang-undang atau tidak.
Perbezaan orang yang mempunyai impian besar dan yag tamak.
Contohnya, Encik Lo mempunyai impian besar yang ingin membuka satu perniagaan
restoran yang bertaraf 3 bintang dan mempunyai rumah serta kenderaan yang
mewah. Dalam mengejar impian nya itu, Encik Lo mengikuti kursus masakan dan
kulinari untuk memantapkan teknik masakannya selepas itu dia mengikuti seminar
perniagaan untuk mengetahui selok-belok dalam perniagaan masa kini. Selepas itu
Encik Lo menyenaraikan semua keperluan yang perlu untuk membuka satu restoran .
Selepas pembukaan restoran itu, Encik Lo mengikuti banyak pertandingan masakan
dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan restorannya mendapat 3 bintang.
Sejak dari itu, kehidupannya berubah menjadi baik dan menjadi orang yang kaya
dengan pengalaman dan proses. Kita bukan
sahaja mahu kan kaya dalam wang tetapi dengan pemikiran juga.
No comments:
Post a Comment