Friday, 1 May 2015

Menuntut ilmu hanya di sekolah ?




Ramai berfikiran apabila tamat persekolahan, kolej dan university bahawa ilmu di kepala cukup untuk “ menampung hidup “ mereka sampai tua. Bagi saya ilmu harus dipelajari dari semasa ke semasa. Ianya tidak dapat dipelajari dengan habis kerana ilmu pengetahuan adalah sangat banyak dan perlu kesabaran untuk mempelajarinya. Jika orang ingin berniaga dan tidak mempunyai sebarang ilmu perniagaan mampukah dia bertahan untuk jangka masa lama? Sepatutnya dia harus datang ke seminar atau kursus untuk mendalami bidang perniagaan sebelum membuka satu perniagaan.  Tidak ada yang dilahirkan terus pintar dan cerdik atau sebagainya. Setiap orang mungkin mempunyai satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan iaitu pakar dalam matematik, sains dan lain-lain. Bagi orang yang biasa atau normal dan paling teruk dianggap “ bodoh “ pada waktu kecilnya amatlah perit kerana ini akan menguriskan hatinya dan emosinya akan terjejas.

Belajar dari bawah hingga keatas secara berperingkat dapat menigkatkan ilmu sedia ada. Sel otak akan makin berhubung dan menghasilkan sel baru untuk menjanakan satu ilmu dan idea baru untuk satu masalah atau teori. Cara untukmenguatkan sel otak adalah sentiasa belajr dan membaca buku ilmiah yang diminati. Buku dapat memberi satu “ insight “ kepada orang yang membaca. Bagaimana pula orang yang tidak suka membaca buku? Apabila dia baca buku dia akan cepat tertidur? Buku adalah salah satu alternative untuk meningkat sel otak dan salah satu adalah tunjuk ajar dari guru atau mentor yang sudi memberi tunjuk ajar. Seseorang itu perlu rajin dan konsisten terhadap apa yang dilakukan bagi menjadi seorang yang mantap kelak. Dengan berbekalkan ilmu seseorang boleh melakukan dan mencipta perkara yang luar biasa dan menakjubkan.
Sering kali terdapat ramai pelajar berhenti sekolah pada pertengahan jalan kerana pelbagai kekangan yang sukar dielakkan. Namun itu bukan perhentian dan alasan anda untuk terus berhenti belajar dan tidak lagi mahu lagi menuntut ilmu. Anda harus ingat dunia luar dan dunia persekolahan adalah dua perkara yang berbza. Dunia luar memerlukan keupayaan anda sendiri ( mental, fizikal, spiritual dan emosional ) untuk kelansungan hidup.

Mental – Anda perlu siapkan diri anda dengan pengalaman, teknik kemahiran, ilmu sedia ada, dan keupayaan untuk berfikir kritikal.

Fizikal – Anda haruslah mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bertahan dengan sebarang asakan.

Spritual – Jati diri anda harus kuat dan mempunayi perasaan yang ingin maju, rajin, displin, berdaya saing/maju, dan mempunyai semangat kental.

Emosional – Emosional diri anda haruslah seimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang positif untuk mengendali setiap perkara.

Ramai pelajar tidak mempunyai kelelebihan dan kekuatan yang sama dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Oleh itu, pengred markah bukan penentu hidup dalam sekolah sebenarnya. Gred markah menunjukkan pelajar itu bijak dan pelajar lain tidak bijak. Disini banyak sebab dan punca yang menjadi pelajar itu pintar atau tidak pintar. Bukan disalahkan pelajar itu atau sesiapa di sekelilingnya.  Peranan pelajar itu perlu ada untuk menjadikan dia seorang yang proaktif. Mengambil tindakan untuk maju ke hadapan. Anda tahu yang anda lemah dalam subjek itu maka anda haruslah sendiri mengambil satu pendekatan dan cara untuk menguasai subjek itu dengan cara tersendiri.  “ Tools “ iaitu satu alat bantu belajar atu “ Cooperation “ iaitu bergabung/berkerjsama/berganding sesama rakan, guru atau ahli keluarga amat diperlukan.

Tools – Anda lemah dalam subjek matematik dan mempunayi masalah memori ( menghafal ) jadi anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti alat bantu mengajar yang boleh meningkatkan pembelajarannya. Contohnya, alat kalkulator, formula dan nota kecil buatan dari anda sendiri kerana ini adalah nota kefahaman sendiri.


Cooperation – Minta kerjasama dengan orang sekeliling untuk membantu anda melangkah ke depan. Kita perlu bantuan orang lain dan tidak seharusnya berdiri sendirian dalam perjalanan hidup kita.    

No comments:

Post a Comment