Monday, 11 May 2015

Tinggal Dalam Dunia Yang Sama

Terlalu banyak masalah yang wujud kerana selisih faham antara semua idea, pemikiran dan agama. Bila semua ingin mempertahankan idea, pemikiran dan agama dan tidak mahu mendengar keluhan orang lain atau pendapat/pandangan. Maka akan wujud satu masalah di mana orang seperti akan melawan sesipa sahaja yang ingin melawan ideanya walaupun pandangan yang datang dapat membawa perubahan yang baik dan menambah baik satu idea itu. Kita hidup dalam dunia yang sama. Dunia ini mempunyai bangsa, kaum, sejarah, identiti, agama, kepercayaan yang berlainan. Tetapi dengan wujudnya persefahaman berdasarkan kelainan semua itu maka semuanya akan aman. 

Semua agama mempunyai teras yang sama iaitu " aman '. Tetapi bagaimanakah wujud keamanan? Jika berperang dianggap " aman"? Semua manusia dan dunia ini sendiri ingin melihat keamanan. keamanan yang dicipta sangat indah bila semuanya nampak seperti berada di syurga. Kita semua sayang akan Tuhan kita. Bila lain orang yang menyinggung perasaan kita mengenai Tuhan kita semua. Kita akan marah dan benci seterusnya akan mencederakan orang itu. Adakah itu keamanan? Jika orang yang tidak jelas dengan agama masing-masing maka senanglah diserapkan kepada anasir-anasir yang jahat. memang wajar kita harus mempelajari agama ita dengan mendalam tetapi kita juga harus mempelajari dan memahami agama lain kerana ini tidak salah sama sekalipun jika anda masih berpeganag teguh dengan Tuhan. Setiap agama mempunyai keunikannya sendiri. Kita tidak boleh melihat agama lain seperti " asing " bagi kita. Siapakah kita? Siapa yang mencipta kita? Kita mengatakan bahawa Tuhan mencipta semua orang dalam dunia ini. Maka sama juga dengan penganut yang lain. Agama adalah kepercayaan spritual. Bermaksud kita mempercayai dan yakin akan kewujudan Tuhan yang Mahakuasa. 

Setiap orang mempunyai kepercayaan yang lain. Kita mesti hormat mereka. Jika tidak keadaan yang sama yang menimpa kepada kita. Tanpa sifat hormat itu, adakah wajar kita diminta hormat orang lain? Pegangan kepercayaan masing-masing kepada kesefahaman bersama adalah kunci kepada kejayaan keamanan. Inilah tahap cabaran yang paling tinggi dihadapi oleh ketua negara dan rakyatnya, 

Saya akan menjelaskan pemikiran secara ringkas dan mudah difahami. Setiap orang mempunyai pemikiran terhadap sesuatu. Pemikiran terbahagi kepada dua jenis iaitu ;


Pemikiran Divergen dan Konvergen

Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah dari berbagai sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan membolehkan seseorang menerima lebih daripada satu jawapan yang dianggap betul.  Dalam pemikiran divergen, pengetahuan atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin.  Maka, jenis pemikiran seperti ini menuju ke arah daya cipta, keaslian, inovatif dan kreatif. De Bono (1970) menyifatkan jenis pemikiran sedemikian sebagai pemikiran lateral, meliputi proses-proses berfikir di luar kotak dan menerokai sudut-sudut baru. Pemikiran lateral melatih minda ke arah pemikiran kreatif apabila idea baru dijanakan.

Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu arah untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap. 

Perbezaan dan kelainan dalam pemikiran mempunyai satu kelebihan mahupun kelemahan. Kelebihannya secara muda membawa perubahan pada dunia. Sebaliknya punya adalah kemusnahan dalam diri seseorang dan akan melibatkan satu dunia. Bukan semua orang dapat terima pemikiran yang dilontarkan. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju mengenainya. Bergantung kepada kepuasan hati dan pemikiran logiknya dalam satu pemikiran itu. Oleh itu, cara untuk mendamaikan satu persengekataan antara pemikiran manusia adalah mendengar menggunakan hati. Ramai orang yang mendengar dengan niat membalas bukan dengan memahami - DR. Stephen Covey. Dengar permasalahan dan pemikiran mereka dapat membuatkan kita memahami situasi mereka.

Dengan semua ini kita sedikit sebanyak dapat menyeleraikan semua masalah yang ada pada sekeliling kita. Ini tidak dapat dilaksanakan pada individu sahaja tetapi dengan satu individu maka yang lain akan terikut dengannya. 

Tuesday, 5 May 2015

I Want It Now

Pada zaman yang pantas dan keinginan juga ingin yang pantas menyebabkan mewujudkan budaya " I Want It Now ". " Saya mahu melancong sekarang ", " Saya mahu smartphone itu sekarang ", " Saya mahu benda itu sekarang dan banyak lagi. Manusia tidak lagi boleh megenalpasti " needs and wants " dalam hidup mereka kerana sifat ingin memiliki semua benda dalam diri mereka. Sikap buta diri akan menyebabkan satu fenomena budaya " gets now and pay later " iaitu penggunaan kad kredit yang melampau. Manusia tidak mudah puas hati dengan apa yang ada sekarang. Contohnya, keluaran smartphone yang sangat ketara di mana setiap minggu setiap produk dari setiap syarikat mengeluarkan satu produk yang lebih baru dan canggih. Apa yang dimiliki sekarang akan jadi lapuk dalam sehari kerana kepantasan perubahan teknologi dan juga menyebabkan keinginan menjadi pantas berubah.

Membendung masalah budaya ini seharusnya kita kena kuasai diri kita dahulu. Kita tidak dapat mengawal keluaran produk baru tapi sememangnya kita dapat mengawal diri kita untuk memiliki benda itu. Jika kita tidak mengawalnya maka gejala hutang-menghutang akan bertambah dan anda akan berasa kurang senang dengan rakan sendiri kerana ingin meminjam duit setiap bulan padahal anda juga sendiri bekerja dan mempunyai duit gaji. Pada waktu ini anda harus duduk diam dan berfikir apakah akar masalah kepada hal ini. Kenapakah semua ini terjadi pada kita? Apakah cara yang boleh dielakkan supaya tidak memboros dan tidak tamak? Otak manusia mampu bagi jawapan itu apabila manusia berfikir. Tuhan telah bagi kita organ berfikir untuk menyelesaikan masalah jadi gunakan kelebihan itu untuk menyelesaikan  masalah yang dihadapi.

Walaupun anda mempunyai rancangan kewangan dari pakar kewangan tapi anda tidak menguruskan sifat dan sikap diri anda tetap juga anda akan menjumpai masalah yang sama. Matematik dan psikologi adalah berza dari manusia. Sifat keingingan tidak boleh diukur. Masalah hanya boleh diatasi adalah apabila anda tahu masalah anda teruk dan mahu mengubahnya. 

Antara sebab kenapa budaya pantas dalam keinginan untuk memiliki satu benda ialah kita boleh kenalpasti sekeliling kita, Pinjaman bank untuk segala pinjaman. Sekarang sistem pinjaman bank bukanlah terhad kepada satu atau dua saja tetapi mempunyai banyak barisan pinjaman yang boleh menyebabkan manusia kekal berhutang. Senarai barisan pinjaman tidak perlu disenarikan disini. Anda sendiri lebih jelas apa yang anda kaji sendiri. 

Salah satu faktor yang menyebabkan satu manusia mempunyai keinginan buas adalah sifat dengki dan cemburu akan orang sekeliling yang mempunyai benda mahal dan berjenama. Sifat ini akan mendorong manusia yang lemah seperti kita untuk menggunakan sebarang cara asal untuk memiliki benda itu walaupun tidak mempunyai wang. Begitu dahsyatnta jika keinginan manusia diguna pada cara yang salah.

Pada penutup kali ini, ambil masa 10 minit untuk renungkan diri anda. Sekian

Monday, 4 May 2015

Bayangkan jika anda cacat?

Manusia yang normal terdapat organ yang penting berfungsi pada setiap tubuh. Organ yang penting itu untuk kegunaan manusia dalam kehidupan seharian. Tanpa organ yang penting berfungsi manusia akan sukar untuk melakukan sesuatu. Manusia diberi organ pendengaran, penglihatan, menyentuh, merasa makanan, menghidu dan sebagainya. Semua ini adalah satu pakej yang penting kepada manusia. 

Bayangkan jika anda cacat? Jika anda mempunyai satu kecacatan saja? Bagaimanakah hidup anda? Tentu saja ianya sukar diterima dan berasa sangat sedih atas kehilangan organ-organ penting dalam hidup ini. Tentu anda berasa sedih yang taramat dan merasa hidup ini sudah berakhir begitu saja. Ini adalah perasaan-perasaan yang menghantui hati seseorang dalam dilemma. 

Kita diberi deria-deria yang membolehkan kita mengetahui keadaan sekeliling kita dengan lebih jelas. Kita dapat merasakan semua itu sehinggan minda kita dapat memproses data-data yang diterima oleh deria itu dalam satu pemikiran dan idea. Seterusnya dengan pemikiran dan idea itu manusia akan bertindak mengikut caranya. 

Dalam kehidupan ini, kecacatan dan kesempurnaan adalah satu fenomena alam. Tidak ada yang sempurna kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan dalam diri, Kalau dia tidak cacat tetapi sikapnya yang cacat tentu saja sama dengan perangai yang buruk. Bagi orang yang " sempurna " pada tubuhnya anda harus bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang. Jika sombong itu menguasai badan anda dan tidak tahu akan kebolehan sendiri maka anda akan berasa dunia akan sempit dan kecil.

Seringkali kita tertanya kepada diri kita apabila melihat orang yang cacat yang masih boleh berdiri walaupub tiada kaki, masih boleh menulis walaupun tidak mempunyai tangan, masih boleh berjalan walaupun buta dan boleh berkomunikasi walaupun bisu atau cacat pendengaran kenapakah mereka masih tabah menghadapinya? Apakah yang membuatkan mereka tidak berasa malu atas apa yang mereka " ada " ? Hanya bayangkan kesukaran hidup mereka sudah membuatkan kita berasa amat berat untuk menanggungnya jika kecacatan itu melanda pada kita. Semua ini adalah ketentuan Tuhan pada hidup seseorang itu. Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Berani atas apa yang kita lakukan, 


Friday, 1 May 2015

Menuntut ilmu hanya di sekolah ?




Ramai berfikiran apabila tamat persekolahan, kolej dan university bahawa ilmu di kepala cukup untuk “ menampung hidup “ mereka sampai tua. Bagi saya ilmu harus dipelajari dari semasa ke semasa. Ianya tidak dapat dipelajari dengan habis kerana ilmu pengetahuan adalah sangat banyak dan perlu kesabaran untuk mempelajarinya. Jika orang ingin berniaga dan tidak mempunyai sebarang ilmu perniagaan mampukah dia bertahan untuk jangka masa lama? Sepatutnya dia harus datang ke seminar atau kursus untuk mendalami bidang perniagaan sebelum membuka satu perniagaan.  Tidak ada yang dilahirkan terus pintar dan cerdik atau sebagainya. Setiap orang mungkin mempunyai satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan iaitu pakar dalam matematik, sains dan lain-lain. Bagi orang yang biasa atau normal dan paling teruk dianggap “ bodoh “ pada waktu kecilnya amatlah perit kerana ini akan menguriskan hatinya dan emosinya akan terjejas.

Belajar dari bawah hingga keatas secara berperingkat dapat menigkatkan ilmu sedia ada. Sel otak akan makin berhubung dan menghasilkan sel baru untuk menjanakan satu ilmu dan idea baru untuk satu masalah atau teori. Cara untukmenguatkan sel otak adalah sentiasa belajr dan membaca buku ilmiah yang diminati. Buku dapat memberi satu “ insight “ kepada orang yang membaca. Bagaimana pula orang yang tidak suka membaca buku? Apabila dia baca buku dia akan cepat tertidur? Buku adalah salah satu alternative untuk meningkat sel otak dan salah satu adalah tunjuk ajar dari guru atau mentor yang sudi memberi tunjuk ajar. Seseorang itu perlu rajin dan konsisten terhadap apa yang dilakukan bagi menjadi seorang yang mantap kelak. Dengan berbekalkan ilmu seseorang boleh melakukan dan mencipta perkara yang luar biasa dan menakjubkan.
Sering kali terdapat ramai pelajar berhenti sekolah pada pertengahan jalan kerana pelbagai kekangan yang sukar dielakkan. Namun itu bukan perhentian dan alasan anda untuk terus berhenti belajar dan tidak lagi mahu lagi menuntut ilmu. Anda harus ingat dunia luar dan dunia persekolahan adalah dua perkara yang berbza. Dunia luar memerlukan keupayaan anda sendiri ( mental, fizikal, spiritual dan emosional ) untuk kelansungan hidup.

Mental – Anda perlu siapkan diri anda dengan pengalaman, teknik kemahiran, ilmu sedia ada, dan keupayaan untuk berfikir kritikal.

Fizikal – Anda haruslah mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bertahan dengan sebarang asakan.

Spritual – Jati diri anda harus kuat dan mempunayi perasaan yang ingin maju, rajin, displin, berdaya saing/maju, dan mempunyai semangat kental.

Emosional – Emosional diri anda haruslah seimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang positif untuk mengendali setiap perkara.

Ramai pelajar tidak mempunyai kelelebihan dan kekuatan yang sama dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Oleh itu, pengred markah bukan penentu hidup dalam sekolah sebenarnya. Gred markah menunjukkan pelajar itu bijak dan pelajar lain tidak bijak. Disini banyak sebab dan punca yang menjadi pelajar itu pintar atau tidak pintar. Bukan disalahkan pelajar itu atau sesiapa di sekelilingnya.  Peranan pelajar itu perlu ada untuk menjadikan dia seorang yang proaktif. Mengambil tindakan untuk maju ke hadapan. Anda tahu yang anda lemah dalam subjek itu maka anda haruslah sendiri mengambil satu pendekatan dan cara untuk menguasai subjek itu dengan cara tersendiri.  “ Tools “ iaitu satu alat bantu belajar atu “ Cooperation “ iaitu bergabung/berkerjsama/berganding sesama rakan, guru atau ahli keluarga amat diperlukan.

Tools – Anda lemah dalam subjek matematik dan mempunayi masalah memori ( menghafal ) jadi anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti alat bantu mengajar yang boleh meningkatkan pembelajarannya. Contohnya, alat kalkulator, formula dan nota kecil buatan dari anda sendiri kerana ini adalah nota kefahaman sendiri.


Cooperation – Minta kerjasama dengan orang sekeliling untuk membantu anda melangkah ke depan. Kita perlu bantuan orang lain dan tidak seharusnya berdiri sendirian dalam perjalanan hidup kita.