Monday, 4 May 2015

Bayangkan jika anda cacat?

Manusia yang normal terdapat organ yang penting berfungsi pada setiap tubuh. Organ yang penting itu untuk kegunaan manusia dalam kehidupan seharian. Tanpa organ yang penting berfungsi manusia akan sukar untuk melakukan sesuatu. Manusia diberi organ pendengaran, penglihatan, menyentuh, merasa makanan, menghidu dan sebagainya. Semua ini adalah satu pakej yang penting kepada manusia. 

Bayangkan jika anda cacat? Jika anda mempunyai satu kecacatan saja? Bagaimanakah hidup anda? Tentu saja ianya sukar diterima dan berasa sangat sedih atas kehilangan organ-organ penting dalam hidup ini. Tentu anda berasa sedih yang taramat dan merasa hidup ini sudah berakhir begitu saja. Ini adalah perasaan-perasaan yang menghantui hati seseorang dalam dilemma. 

Kita diberi deria-deria yang membolehkan kita mengetahui keadaan sekeliling kita dengan lebih jelas. Kita dapat merasakan semua itu sehinggan minda kita dapat memproses data-data yang diterima oleh deria itu dalam satu pemikiran dan idea. Seterusnya dengan pemikiran dan idea itu manusia akan bertindak mengikut caranya. 

Dalam kehidupan ini, kecacatan dan kesempurnaan adalah satu fenomena alam. Tidak ada yang sempurna kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan dalam diri, Kalau dia tidak cacat tetapi sikapnya yang cacat tentu saja sama dengan perangai yang buruk. Bagi orang yang " sempurna " pada tubuhnya anda harus bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang. Jika sombong itu menguasai badan anda dan tidak tahu akan kebolehan sendiri maka anda akan berasa dunia akan sempit dan kecil.

Seringkali kita tertanya kepada diri kita apabila melihat orang yang cacat yang masih boleh berdiri walaupub tiada kaki, masih boleh menulis walaupun tidak mempunyai tangan, masih boleh berjalan walaupun buta dan boleh berkomunikasi walaupun bisu atau cacat pendengaran kenapakah mereka masih tabah menghadapinya? Apakah yang membuatkan mereka tidak berasa malu atas apa yang mereka " ada " ? Hanya bayangkan kesukaran hidup mereka sudah membuatkan kita berasa amat berat untuk menanggungnya jika kecacatan itu melanda pada kita. Semua ini adalah ketentuan Tuhan pada hidup seseorang itu. Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Berani atas apa yang kita lakukan, 


No comments:

Post a Comment