Membendung masalah budaya ini seharusnya kita kena kuasai diri kita dahulu. Kita tidak dapat mengawal keluaran produk baru tapi sememangnya kita dapat mengawal diri kita untuk memiliki benda itu. Jika kita tidak mengawalnya maka gejala hutang-menghutang akan bertambah dan anda akan berasa kurang senang dengan rakan sendiri kerana ingin meminjam duit setiap bulan padahal anda juga sendiri bekerja dan mempunyai duit gaji. Pada waktu ini anda harus duduk diam dan berfikir apakah akar masalah kepada hal ini. Kenapakah semua ini terjadi pada kita? Apakah cara yang boleh dielakkan supaya tidak memboros dan tidak tamak? Otak manusia mampu bagi jawapan itu apabila manusia berfikir. Tuhan telah bagi kita organ berfikir untuk menyelesaikan masalah jadi gunakan kelebihan itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Walaupun anda mempunyai rancangan kewangan dari pakar kewangan tapi anda tidak menguruskan sifat dan sikap diri anda tetap juga anda akan menjumpai masalah yang sama. Matematik dan psikologi adalah berza dari manusia. Sifat keingingan tidak boleh diukur. Masalah hanya boleh diatasi adalah apabila anda tahu masalah anda teruk dan mahu mengubahnya.
Antara sebab kenapa budaya pantas dalam keinginan untuk memiliki satu benda ialah kita boleh kenalpasti sekeliling kita, Pinjaman bank untuk segala pinjaman. Sekarang sistem pinjaman bank bukanlah terhad kepada satu atau dua saja tetapi mempunyai banyak barisan pinjaman yang boleh menyebabkan manusia kekal berhutang. Senarai barisan pinjaman tidak perlu disenarikan disini. Anda sendiri lebih jelas apa yang anda kaji sendiri.
Salah satu faktor yang menyebabkan satu manusia mempunyai keinginan buas adalah sifat dengki dan cemburu akan orang sekeliling yang mempunyai benda mahal dan berjenama. Sifat ini akan mendorong manusia yang lemah seperti kita untuk menggunakan sebarang cara asal untuk memiliki benda itu walaupun tidak mempunyai wang. Begitu dahsyatnta jika keinginan manusia diguna pada cara yang salah.
Pada penutup kali ini, ambil masa 10 minit untuk renungkan diri anda. Sekian
No comments:
Post a Comment