Monday, 11 May 2015

Tinggal Dalam Dunia Yang Sama

Terlalu banyak masalah yang wujud kerana selisih faham antara semua idea, pemikiran dan agama. Bila semua ingin mempertahankan idea, pemikiran dan agama dan tidak mahu mendengar keluhan orang lain atau pendapat/pandangan. Maka akan wujud satu masalah di mana orang seperti akan melawan sesipa sahaja yang ingin melawan ideanya walaupun pandangan yang datang dapat membawa perubahan yang baik dan menambah baik satu idea itu. Kita hidup dalam dunia yang sama. Dunia ini mempunyai bangsa, kaum, sejarah, identiti, agama, kepercayaan yang berlainan. Tetapi dengan wujudnya persefahaman berdasarkan kelainan semua itu maka semuanya akan aman. 

Semua agama mempunyai teras yang sama iaitu " aman '. Tetapi bagaimanakah wujud keamanan? Jika berperang dianggap " aman"? Semua manusia dan dunia ini sendiri ingin melihat keamanan. keamanan yang dicipta sangat indah bila semuanya nampak seperti berada di syurga. Kita semua sayang akan Tuhan kita. Bila lain orang yang menyinggung perasaan kita mengenai Tuhan kita semua. Kita akan marah dan benci seterusnya akan mencederakan orang itu. Adakah itu keamanan? Jika orang yang tidak jelas dengan agama masing-masing maka senanglah diserapkan kepada anasir-anasir yang jahat. memang wajar kita harus mempelajari agama ita dengan mendalam tetapi kita juga harus mempelajari dan memahami agama lain kerana ini tidak salah sama sekalipun jika anda masih berpeganag teguh dengan Tuhan. Setiap agama mempunyai keunikannya sendiri. Kita tidak boleh melihat agama lain seperti " asing " bagi kita. Siapakah kita? Siapa yang mencipta kita? Kita mengatakan bahawa Tuhan mencipta semua orang dalam dunia ini. Maka sama juga dengan penganut yang lain. Agama adalah kepercayaan spritual. Bermaksud kita mempercayai dan yakin akan kewujudan Tuhan yang Mahakuasa. 

Setiap orang mempunyai kepercayaan yang lain. Kita mesti hormat mereka. Jika tidak keadaan yang sama yang menimpa kepada kita. Tanpa sifat hormat itu, adakah wajar kita diminta hormat orang lain? Pegangan kepercayaan masing-masing kepada kesefahaman bersama adalah kunci kepada kejayaan keamanan. Inilah tahap cabaran yang paling tinggi dihadapi oleh ketua negara dan rakyatnya, 

Saya akan menjelaskan pemikiran secara ringkas dan mudah difahami. Setiap orang mempunyai pemikiran terhadap sesuatu. Pemikiran terbahagi kepada dua jenis iaitu ;


Pemikiran Divergen dan Konvergen

Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah dari berbagai sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan membolehkan seseorang menerima lebih daripada satu jawapan yang dianggap betul.  Dalam pemikiran divergen, pengetahuan atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin.  Maka, jenis pemikiran seperti ini menuju ke arah daya cipta, keaslian, inovatif dan kreatif. De Bono (1970) menyifatkan jenis pemikiran sedemikian sebagai pemikiran lateral, meliputi proses-proses berfikir di luar kotak dan menerokai sudut-sudut baru. Pemikiran lateral melatih minda ke arah pemikiran kreatif apabila idea baru dijanakan.

Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu arah untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap. 

Perbezaan dan kelainan dalam pemikiran mempunyai satu kelebihan mahupun kelemahan. Kelebihannya secara muda membawa perubahan pada dunia. Sebaliknya punya adalah kemusnahan dalam diri seseorang dan akan melibatkan satu dunia. Bukan semua orang dapat terima pemikiran yang dilontarkan. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju mengenainya. Bergantung kepada kepuasan hati dan pemikiran logiknya dalam satu pemikiran itu. Oleh itu, cara untuk mendamaikan satu persengekataan antara pemikiran manusia adalah mendengar menggunakan hati. Ramai orang yang mendengar dengan niat membalas bukan dengan memahami - DR. Stephen Covey. Dengar permasalahan dan pemikiran mereka dapat membuatkan kita memahami situasi mereka.

Dengan semua ini kita sedikit sebanyak dapat menyeleraikan semua masalah yang ada pada sekeliling kita. Ini tidak dapat dilaksanakan pada individu sahaja tetapi dengan satu individu maka yang lain akan terikut dengannya. 

Tuesday, 5 May 2015

I Want It Now

Pada zaman yang pantas dan keinginan juga ingin yang pantas menyebabkan mewujudkan budaya " I Want It Now ". " Saya mahu melancong sekarang ", " Saya mahu smartphone itu sekarang ", " Saya mahu benda itu sekarang dan banyak lagi. Manusia tidak lagi boleh megenalpasti " needs and wants " dalam hidup mereka kerana sifat ingin memiliki semua benda dalam diri mereka. Sikap buta diri akan menyebabkan satu fenomena budaya " gets now and pay later " iaitu penggunaan kad kredit yang melampau. Manusia tidak mudah puas hati dengan apa yang ada sekarang. Contohnya, keluaran smartphone yang sangat ketara di mana setiap minggu setiap produk dari setiap syarikat mengeluarkan satu produk yang lebih baru dan canggih. Apa yang dimiliki sekarang akan jadi lapuk dalam sehari kerana kepantasan perubahan teknologi dan juga menyebabkan keinginan menjadi pantas berubah.

Membendung masalah budaya ini seharusnya kita kena kuasai diri kita dahulu. Kita tidak dapat mengawal keluaran produk baru tapi sememangnya kita dapat mengawal diri kita untuk memiliki benda itu. Jika kita tidak mengawalnya maka gejala hutang-menghutang akan bertambah dan anda akan berasa kurang senang dengan rakan sendiri kerana ingin meminjam duit setiap bulan padahal anda juga sendiri bekerja dan mempunyai duit gaji. Pada waktu ini anda harus duduk diam dan berfikir apakah akar masalah kepada hal ini. Kenapakah semua ini terjadi pada kita? Apakah cara yang boleh dielakkan supaya tidak memboros dan tidak tamak? Otak manusia mampu bagi jawapan itu apabila manusia berfikir. Tuhan telah bagi kita organ berfikir untuk menyelesaikan masalah jadi gunakan kelebihan itu untuk menyelesaikan  masalah yang dihadapi.

Walaupun anda mempunyai rancangan kewangan dari pakar kewangan tapi anda tidak menguruskan sifat dan sikap diri anda tetap juga anda akan menjumpai masalah yang sama. Matematik dan psikologi adalah berza dari manusia. Sifat keingingan tidak boleh diukur. Masalah hanya boleh diatasi adalah apabila anda tahu masalah anda teruk dan mahu mengubahnya. 

Antara sebab kenapa budaya pantas dalam keinginan untuk memiliki satu benda ialah kita boleh kenalpasti sekeliling kita, Pinjaman bank untuk segala pinjaman. Sekarang sistem pinjaman bank bukanlah terhad kepada satu atau dua saja tetapi mempunyai banyak barisan pinjaman yang boleh menyebabkan manusia kekal berhutang. Senarai barisan pinjaman tidak perlu disenarikan disini. Anda sendiri lebih jelas apa yang anda kaji sendiri. 

Salah satu faktor yang menyebabkan satu manusia mempunyai keinginan buas adalah sifat dengki dan cemburu akan orang sekeliling yang mempunyai benda mahal dan berjenama. Sifat ini akan mendorong manusia yang lemah seperti kita untuk menggunakan sebarang cara asal untuk memiliki benda itu walaupun tidak mempunyai wang. Begitu dahsyatnta jika keinginan manusia diguna pada cara yang salah.

Pada penutup kali ini, ambil masa 10 minit untuk renungkan diri anda. Sekian

Monday, 4 May 2015

Bayangkan jika anda cacat?

Manusia yang normal terdapat organ yang penting berfungsi pada setiap tubuh. Organ yang penting itu untuk kegunaan manusia dalam kehidupan seharian. Tanpa organ yang penting berfungsi manusia akan sukar untuk melakukan sesuatu. Manusia diberi organ pendengaran, penglihatan, menyentuh, merasa makanan, menghidu dan sebagainya. Semua ini adalah satu pakej yang penting kepada manusia. 

Bayangkan jika anda cacat? Jika anda mempunyai satu kecacatan saja? Bagaimanakah hidup anda? Tentu saja ianya sukar diterima dan berasa sangat sedih atas kehilangan organ-organ penting dalam hidup ini. Tentu anda berasa sedih yang taramat dan merasa hidup ini sudah berakhir begitu saja. Ini adalah perasaan-perasaan yang menghantui hati seseorang dalam dilemma. 

Kita diberi deria-deria yang membolehkan kita mengetahui keadaan sekeliling kita dengan lebih jelas. Kita dapat merasakan semua itu sehinggan minda kita dapat memproses data-data yang diterima oleh deria itu dalam satu pemikiran dan idea. Seterusnya dengan pemikiran dan idea itu manusia akan bertindak mengikut caranya. 

Dalam kehidupan ini, kecacatan dan kesempurnaan adalah satu fenomena alam. Tidak ada yang sempurna kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan dalam diri, Kalau dia tidak cacat tetapi sikapnya yang cacat tentu saja sama dengan perangai yang buruk. Bagi orang yang " sempurna " pada tubuhnya anda harus bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang. Jika sombong itu menguasai badan anda dan tidak tahu akan kebolehan sendiri maka anda akan berasa dunia akan sempit dan kecil.

Seringkali kita tertanya kepada diri kita apabila melihat orang yang cacat yang masih boleh berdiri walaupub tiada kaki, masih boleh menulis walaupun tidak mempunyai tangan, masih boleh berjalan walaupun buta dan boleh berkomunikasi walaupun bisu atau cacat pendengaran kenapakah mereka masih tabah menghadapinya? Apakah yang membuatkan mereka tidak berasa malu atas apa yang mereka " ada " ? Hanya bayangkan kesukaran hidup mereka sudah membuatkan kita berasa amat berat untuk menanggungnya jika kecacatan itu melanda pada kita. Semua ini adalah ketentuan Tuhan pada hidup seseorang itu. Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Berani atas apa yang kita lakukan, 


Friday, 1 May 2015

Menuntut ilmu hanya di sekolah ?




Ramai berfikiran apabila tamat persekolahan, kolej dan university bahawa ilmu di kepala cukup untuk “ menampung hidup “ mereka sampai tua. Bagi saya ilmu harus dipelajari dari semasa ke semasa. Ianya tidak dapat dipelajari dengan habis kerana ilmu pengetahuan adalah sangat banyak dan perlu kesabaran untuk mempelajarinya. Jika orang ingin berniaga dan tidak mempunyai sebarang ilmu perniagaan mampukah dia bertahan untuk jangka masa lama? Sepatutnya dia harus datang ke seminar atau kursus untuk mendalami bidang perniagaan sebelum membuka satu perniagaan.  Tidak ada yang dilahirkan terus pintar dan cerdik atau sebagainya. Setiap orang mungkin mempunyai satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan iaitu pakar dalam matematik, sains dan lain-lain. Bagi orang yang biasa atau normal dan paling teruk dianggap “ bodoh “ pada waktu kecilnya amatlah perit kerana ini akan menguriskan hatinya dan emosinya akan terjejas.

Belajar dari bawah hingga keatas secara berperingkat dapat menigkatkan ilmu sedia ada. Sel otak akan makin berhubung dan menghasilkan sel baru untuk menjanakan satu ilmu dan idea baru untuk satu masalah atau teori. Cara untukmenguatkan sel otak adalah sentiasa belajr dan membaca buku ilmiah yang diminati. Buku dapat memberi satu “ insight “ kepada orang yang membaca. Bagaimana pula orang yang tidak suka membaca buku? Apabila dia baca buku dia akan cepat tertidur? Buku adalah salah satu alternative untuk meningkat sel otak dan salah satu adalah tunjuk ajar dari guru atau mentor yang sudi memberi tunjuk ajar. Seseorang itu perlu rajin dan konsisten terhadap apa yang dilakukan bagi menjadi seorang yang mantap kelak. Dengan berbekalkan ilmu seseorang boleh melakukan dan mencipta perkara yang luar biasa dan menakjubkan.
Sering kali terdapat ramai pelajar berhenti sekolah pada pertengahan jalan kerana pelbagai kekangan yang sukar dielakkan. Namun itu bukan perhentian dan alasan anda untuk terus berhenti belajar dan tidak lagi mahu lagi menuntut ilmu. Anda harus ingat dunia luar dan dunia persekolahan adalah dua perkara yang berbza. Dunia luar memerlukan keupayaan anda sendiri ( mental, fizikal, spiritual dan emosional ) untuk kelansungan hidup.

Mental – Anda perlu siapkan diri anda dengan pengalaman, teknik kemahiran, ilmu sedia ada, dan keupayaan untuk berfikir kritikal.

Fizikal – Anda haruslah mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bertahan dengan sebarang asakan.

Spritual – Jati diri anda harus kuat dan mempunayi perasaan yang ingin maju, rajin, displin, berdaya saing/maju, dan mempunyai semangat kental.

Emosional – Emosional diri anda haruslah seimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang positif untuk mengendali setiap perkara.

Ramai pelajar tidak mempunyai kelelebihan dan kekuatan yang sama dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Oleh itu, pengred markah bukan penentu hidup dalam sekolah sebenarnya. Gred markah menunjukkan pelajar itu bijak dan pelajar lain tidak bijak. Disini banyak sebab dan punca yang menjadi pelajar itu pintar atau tidak pintar. Bukan disalahkan pelajar itu atau sesiapa di sekelilingnya.  Peranan pelajar itu perlu ada untuk menjadikan dia seorang yang proaktif. Mengambil tindakan untuk maju ke hadapan. Anda tahu yang anda lemah dalam subjek itu maka anda haruslah sendiri mengambil satu pendekatan dan cara untuk menguasai subjek itu dengan cara tersendiri.  “ Tools “ iaitu satu alat bantu belajar atu “ Cooperation “ iaitu bergabung/berkerjsama/berganding sesama rakan, guru atau ahli keluarga amat diperlukan.

Tools – Anda lemah dalam subjek matematik dan mempunayi masalah memori ( menghafal ) jadi anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti alat bantu mengajar yang boleh meningkatkan pembelajarannya. Contohnya, alat kalkulator, formula dan nota kecil buatan dari anda sendiri kerana ini adalah nota kefahaman sendiri.


Cooperation – Minta kerjasama dengan orang sekeliling untuk membantu anda melangkah ke depan. Kita perlu bantuan orang lain dan tidak seharusnya berdiri sendirian dalam perjalanan hidup kita.    

Tuesday, 28 April 2015

Sikap Tamak

Sikap Tamak

Tamak adalah satu sifat yang sangat tidak baik. Tamak boleh menyebabkan orang itu jatuh dan dikaburi oleh tamak itu sendiri sehingga lupa akan akibat dan tidak memikir panjang tentang apa yang dilakukan. Seseorang itu tidak akan menonjolkan ketamakannya sehingga dia mempunyai satu keinginan yang lebih besar dan mahu satu benda itu lebih dari apa yang telh dikecapinya. Tamak akan harta, makanan, wang dan sebagainya semuanya akan membawa kepada sikap yang buruk dan sukar dipadam. Orang yang selalu tamak jika tidak “ dirawat “ akan menjadi satu kebiasaan sehingga tua. Orang yang tamak selalunya tidak mudah bersyukur dan semua apa yang dimilki dirasa tidak mencukupi baginya.


Contoh situasi pengalaman dari seorang rakan sendiri, rakan ini agak sederhana hidupnya dan tidak mempunyai apa-apa harta mewah dan tidak terfikir pun untuk membuka satu perniagaan untuk menyara hidup tetapi apabila seorang rakan menawarkan satu pakej perniagaan yang dapat menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang terdekat dan dapat menjadi jutawan dalam masa terdekat dengan syarat dengan menyertai perniagaan ini dengan jumlah 2 ribu ringgit sahaja. Pada masa itu si rakan ini tidak tahu bahawa ianya satu skim cepat kaya. Dalam perniagaan yang diterangkan oleh rakannya itu bahawa perniagaan ini amat mudah kerana tidak perlu menjual satu produk pun, tidak perlu membuka mulut ( presentation ) untuk menjual barang-barangan, tidak perlu berjumpa dengan prospek dan hanya perlu mengikuti sistem sahaja iaitu membawa masuk 5 rakan lain untuk menyertai pelan perniagaan ini. Ketamakan dicetus dengan keinginan yang melampau dan ketamakan juga boleh dicetus dengan “ janji bintang dan langit “ yang dapat membangkitkan sikap tamak itu seterusnya menjejaskan jati diri sendiri. Perniagaan adalah dijalankan oleh manusia. Tanpa manusia dalm perniagaan bukanlah perniagaan. Kita harus menangkap setiap apa yang dikatakan oleh rakannya itu. Tidak payah berjumpa dengan orang untuk menyertai perniagaan? Jadi kenapa harus membawa 5 rakan lain untuk menyertai? Tidak payah menjual produk? Jadi kenapa dalam pejabat semasa orientasi harus menjual produk?.

Semua ini menimbulkan satu pertanyaan yang tidak habis dijawab. Budaya skim ini akan melahirkan satu budaya ketamakan dikalangan masyarakat. Janji hanya tinggal janji jika belum ditunai. Seperti seorang penjual barang. Dia dapat ramai prospek mencuba produknya tetapi itu belum lagi menjadi pembelinya sebab mereka belum membayar sesen pun. Bukan semua orang dilahirkan sebagai seorang jutawan kerana ingin menjadi jutawan perlu “ passion “ terhadap apa yang dibuat dan bukannya hanya duduk diam dan tunggu duit masuk dalam akaun tanpa berbuat apa-apa. Modus operandi ini biasanya mencari remaja-remaja yang lepasan SPM atau pelajar kolej untuk menyertainya. Bukan salah untuk buat pendapatan sampingan tetapi harus diingat anda mempunyai hak untuk menerima dan juga menolak setiap apa yang datang. Dalam dunia perniagaan penolakan dari pelangaan adalah biasa biarpun dari rakan yang rapat yang memperkenalkan perniagaan itu. Siasat dengan sebaiknya latar belakang syarikat itu dan pelan itu ada bercanggah dengan undang-undang atau tidak.


Perbezaan orang yang mempunyai impian besar dan yag tamak. Contohnya, Encik Lo mempunyai impian besar yang ingin membuka satu perniagaan restoran yang bertaraf 3 bintang dan mempunyai rumah serta kenderaan yang mewah. Dalam mengejar impian nya itu, Encik Lo mengikuti kursus masakan dan kulinari untuk memantapkan teknik masakannya selepas itu dia mengikuti seminar perniagaan untuk mengetahui selok-belok dalam perniagaan masa kini. Selepas itu Encik Lo menyenaraikan semua keperluan yang perlu untuk membuka satu restoran . Selepas pembukaan restoran itu, Encik Lo mengikuti banyak pertandingan masakan dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan restorannya mendapat 3 bintang. Sejak dari itu, kehidupannya berubah menjadi baik dan menjadi orang yang kaya dengan  pengalaman dan proses. Kita bukan sahaja mahu kan kaya dalam wang tetapi dengan pemikiran juga.  

Sunday, 26 April 2015

Jauhi Perasaan Yang Negatif dan Hasad Dengki


Bukan senang untuk mengatasi semua perasaan yang tidak baik dan negatif dalam setiap kehidupan seseorang manusia. Walaupun anda seorang dewasa kerana orang dewasa hanyalah " budak yang telah dewasa " juga mempunyai satu perasaan yang biasa seperti kanak-kanak yang kecil. Marah, dengki, cemburu, benci dan sebagainya tetap wujud dalam jiwa dan pemikiran seseorang. Perasaan ini bukan senang untuk diatasi dan bukan juga mustahil untuk diatasi.

Pernahkah kita nampak orang yang sangat positif ?. Sentiasa senyum apabila dimarahi, sentiasa gembira walaupun apa jua yang berlaku di hadapannya. Ramai orang mahukan kegembiraan dalam kehidupannya tetapi sedikit saja yang merasai kegembiraan dan mencapai tahap gembira dalam hidup. Anda boleh gembira dan bersikap positif, Itu adalah pilihan kita masing-masing tetapi bagaimana cara persekitaran kita? Sedang kita nak bersikap positif tetapi terdapat orang atau cara persekitaran kita amat menyukarkan untuk kita berfikir secara positif. Dalam hidup ini bukan drama dalam televisyen yang selalunya mempunyai penamat yang gembira. Hanya andalah yang membentukkan hidup anda dan jangan bagi orang lain membentuk hidup anda ke arah yang tidak baik. Dalam pembikinan drama memerlukan satu pengarah untuk menjalankan semua dramanya dan pelakon-pelakon. Tentu saja mempunyai banyak cabaran yang dipikul oleh pengarah itu. Cara mengurus pelakon, tempat, masa dan sebagainya. Tetapi fokus utama pengarah adalah melawan semua rintangan yang ada untuk menjadikan drama atau wayang itu mendapat ( box office ). Kita perlu lawan apa yang negatif untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini.

Cara untuk mengenalpasti kelemahan dan perasaan negatif adalh menyenaraikan semuanya di dalam kertas. Anda akan terperanjat bagaimana terlalu banyaknya sikap negatif dan kelemahan dalam diri. Sudah tentu kita amat malu semua yang tertulis. ( Tiada manusia yang sempurna ). Kita kena teirma apa yang ada dan memperbaikinya tiap masa. Bukan senang utnuk mengubah diri kita yang tidak baik ini dalam sekelip mata kerana kebanyakan kita telah " melekat " dengan sikap dan perasaan ini sejak kecil lagi. 

Dalam membincangkan perasaan hasad dengki ini. Perasaan ini adalah yang bahaya kepada manusia kerana ianya sebagai satu racun kepada jiwa dan pemikiran. Perasaan ini akan merosakakn jati diri kita daripada menjadikan orang yang baik. Kita akan dikaburi oleh satu perasaan yang membenci dan rancangan-rancangan untuk menjatuhkan orang yang didengki itu, Perasaan ini terdapat di dalam diri manusia, Cemburu dan Dengki adalah lain. Bagi saya Cemburu adalah adik kepada Dengki. Jika cemburu pada tahap yang melampau maka terciptanya dengki, Dengki adalah lebih merbahaya dan lebih kuat kerana disitu bukanlah anda yang dapat mengawalnya. Jika seseorang itu berasa dengki ianya akan berasa tidak senang hati, tidak puas hati, marah, benci, pemikiran yang tidak jelas, memikirkan hanya untuk menjatuhkan musuh ( kawan baik sendiri difikir musuh ) dan semua perasaan yang tidak baik akan muncul.

Bagaimana untuk jauhi semua ini ? Bukan senang dan bukan mustahil juga untuk mengatasinya. Saya akan senaraikan semua cara-cara yang mungkin berguna kepada anda untuk mengatasi semua cara pemikiran negatif kepada cara pemikiran yang lebih positif. 

Pertama
1. Kerap berdoa kepada Tuhan
( Kerap berdoa dan berdoa dan percaya kepada Tuhan bahawa masalah anda akan hilang. Semua yang berlaku dalam dunia tidak kekal begitu juga dengan sikap dan masalah anda. )

2. Selalu tenangkan fikiran
( Cari tempat yang diam dan menenangkan fikiran seperti taman, pantai, tempat penginapan dan lokasi yang membolehkan anda untuk berfikir secara diam dan tenang. )

3. Luahkan perasaan yang tidak senang kepada rakan
( Pilih rakan yang anda kenal sikapnya dan tidak membocorkan segala rahsia  Kebanyakan orang lebih suka meluahkan perasaan terhadp rakan yang baik dari ibubapanya kerana takut akan kemarahan ibubpa kerana menyangka ibubapa susah untuk didekati apatah lagi ibubapa yang kurang berkomunikasi kepada anaknya dan menyebabkan anak tidak biasa dan kekok. )

4. Baca buku " Self Enrichment "
( Pilih buku yang mengajar manusia berfikir secara luas dan positif kerana apabila kita dalam pemikiran negatif kita tinggal dalam dunia yang kecil. Anda mudah putus asa dan tidak mempunyai sebarang " hati " untuk maju ke depan. Apa yang difikirkan dan dilihat semua yang dalam linkungan yang kecil dan sempit. Terdapat banyak buku yang menolong diri dengan lebih positif di kedai buku, Hanya pergi ke ruangan buku motivasi dan beli buku tentang membangunkan diri anda. )

5. Dengar muzik dan nyanyi
( Semenangnya cara ini ramai yang menggunakannya. Setiap melodi dan bunyi dapat menenangkan jiwa anda. Jangan mainkan lagu yang sedih apbila dalam keadaan sedih nanti makin parah pula. )

Setakat ini saja coretan saya mengenai sikap Hasad Dengki dan perasaan yang tidak baik, Kesimpulannya, pandang dunia ini satu kehidupan yang indah dan ingatlah walaupun anda dalam keadaan yang tidak baik bahawa ini semua tidak akan berkekalan. Ciptalah kehidupan anda sendiri yang lebih baik dari kelmarin. Mulakan dari sekarang. 



Pengenalan



Blog Diari Borneo ini adalah bertujuan untuk menyihatkan minda dan spritual seseorang. Dalam arus permodenan ini pelbagai " penyakit " ganjil berlaku dalam masyarakat kita. Dalam akhbar dada terdapat ramai yang mempunyai masalah-masalah serius dan sukar untuk dibelanggu sebenarnya. Jika tidak mempunyai komitmen terdapat diri sendiri maka masalah akan terus membesar dan menguasai diri seseorang itu.

Pemikiran seseorang boleh mengubah dunia dari kecil hingga besar, Ianya sangat unik apabila difikirkan semula dengan hanya cara berfikir manusia juga dapat mencipta satu fenomena yang baru. Teknologi berkembang pesat dan maju seterusnya mengubah kehidupan manusia secara tidak langsung. Tetapi pemikiran yang tidak sihat juga dapat merosakkan aura-aura yang baik disekeliling. " membunuh " orang sekeliling dengan pemikiran yang tidak baik dan seterusnya mewujudkan perasaan yang sangat jahat dan sukar untuk dibuang.

Pepatah mengatakan " cara kita berfikir menentukan siapa kita pada masa depan ".